Wednesday, November 3, 2010

OTAI-OTAI LAMA BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKAN BARU

Di kesempatan dan kelapangan waktu nie.rasanya dapatlah saya upload sikit gambar untuk tatapan
bersama.. Ni gambar di ambil semasa kami ber-eyeball di sekitar lokalan kami. Alhamdulillah walaupun tak
beberape ramai mana tapi dapatlah kami bertanya khabar di daratan.



Begitulah suasana yang mana rakan-rakan lama sempat bertemu mata bersembang dan mempereratkkan lagi
silaturahim.Bertanya khabar adalah satu kemestian bila dapat bersalaman di daratan

 Tengoklah betapa mesranya dan meriah apabila dapat bertemu di daratan.. Itulah yang di katakan Rakan Ham
Tengoklah mereka dah macam adik beradik

Tuesday, October 26, 2010

MEMBUAT ANTENNA SENDIRI

Bagi mereka yang baru bergelar rakan ham atau tidak mempunyai kos tinggi untuk mendapatkan antenna yang dah siap.
maka beginilah caranya...salah satu ialah membikin antenna sendiri, yang mana cukup mudah dan senang.
memang berbaloi dan yang penting amat berpuashati sebagaimana salah satu tujuan atau kegiatan adalah membuat eksperimen berkaitan teknikal.

Ini dia antenna yang dikatakan itu.. Yang mana cukup senang dibuat
just plug and play.

gambarajah antenna yang mana anda dapat lihat sendiri bagaimana antenna
disambung pada kabel yang di panggil kabel RG58

Ini pula diagram antenna, bagi mereka yang ini mencubanya.. dan selamat mencuba
dan selamat maju jaya...

Friday, October 1, 2010

INILAH SEBAHAGIAN PERALATAN YANG DI PERLUKAN UNTUK BERGELAR RAKAN HAM @ RAKAN AMATUR

Rakan Ham @ Rakan Amatur sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.. Kini rakan ham @ pengendali radio amatur semakin bertambah dari hari ke hari..
Untuk menjadi rakan ham @rakan amatur,anda mestilah memenuhi syarat
yang diperutukkan oleh Suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT PULANG



SELAMAT PULANG kepada semua perantauan dan rakan-rakan
semua..Buat persiapan lebih awal dan servis kenderaan terlebih dahulu
pastikan rumah dikunci dan meninggalkan pesanan pada jiran.
selamat pulang dan hati-hati memandu supaya tiba ke destinasi yang di tuju
dengan selamat..ingatlah orang tersayang
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA PADA RAKAN-RAKAN SEMUA

Selamat berpuasa pada semua rakan-rakan semua. Marilah kita sama-sama menunaikan hukum islam ketiga.Semoga segala amalan kita diterima dan di berkati Oleh Allah S.W.T

Tuesday, May 18, 2010

PAUTAN SEPINTAS LALU BERSAMA RAKAN HAM

Dari kiri 9w2SIK(tok wan),9w2NZE(nik),9w2DNM(pok naam),
9w2YAY(pok yankie),9w2DIS(pok rashid)
ini rakan Ham yang sempat kami ber-eyeball.Callsign beliau
9W2NZE

yang ni 9w2dis dari lokalan pasir puteh.sempat ber-eyeball
bersama beberapa station yang lain pada JUN 2010

gambar ini di ambil di base station pak puzie di kuaters kesihatan
di chalok setiu,Terengganu..terima kasih pada pak puzie
sedia menunggu kami walaupun dah lewat malam.


Ini pula semasa pulang dari majlis Ustaz Baha di jeli,
kami sempat bersama dengan Ustaz kie(9W2JKI).
sempatlah kami bersembang panjang ngan beliau

Nie kita ramai-ramai semasa peperiksaan RAE,bersama ngan kita ni rakan-rakan
dari Gua Musang,Kelantan
Semasa ni...lah kita dapat bersalaman di daratan dan bertanya khabar
rakan-rakan dari ke jauhan.. Insya-Allah ada jodoh dapat kita
bersua lagi....




Ini pula rakan dari lokalan Kedah mai bertandang ke Terengganu.
9W2AXS,9W2TFK,9W2UUS,9W2MVI dan ramai lagi...laaa


Ini kita bersama dengan rakan yang cukup jauh dari seberang callsign YG5YSN
handy Operatornya Pak Yusran dari pulau karimun,Indonesia.
Hampir terlupa yang pegang gelas tu...lah pak Yusran...


Nie..rakan Ham dari sebelah pantai barat bercallsign 9W2PGA.
Handy Operatornya Pak Johar dari Taman Sutera Kajang Selangor.
sibuk Tok Wan bersama ngan rakan
bertanya khabar dan bertukar pendapat agaknya

KATA-KATA ALUAN DARI EDITOR

Assalamualaikum....
Banyak berlakunya kemusnahan dari perbuatan tangan manusia
dan apabila berlakunya satu-satu kemusnahan itu seperti
gempa bumi yang berlaku di Pahang,Indonesia;ribut taufan dan hujan lebat di Filipina
dan banyak lagi di seluruh dunia. Ia hampir dengan kita di Malaysia tetapi
adakah kita sedar yang ia merupakan satu peringatan daripada Yang Maha Esa
supaya bertaubat dan kembali beriman kepadaNya